Lembaga telah memberi penekanan kepada tadbir urus yang baik mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Akta Koperasi dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia melalui kawalan yang rapi, garis peloporan dan tanggungjawab tersusun melalui prosedur yang mudah bagi dilaksanakan oleh pengurusan. Inisiatif ini bagi mendepani cabaran dan bagi memenuhi aspirasi dan ekspektasi anggota.
Lembaga KNB~LPP telah memformulasi dan melaksanakan Pelan Strategik 2015-2020 bagi memperkasakan KNB~LPP dengan sasaran dan halatuju yang jelas dan tersusun. Pencapaian Pelan Strategik KNB~LPP ialah
- Transformasi KNB~LPP daripada Koperasi Konvensional kepada koperasi syariah
- Penstrukturan pendapatan kepada 50% perniagaan dan 50% pembiayaan.
- Pemantapan system penyampaian bagi kepuasan anggota