Logo baharu KNB~LPP (kanan) telah direkacipta oleh Encik Abdul Aziz b. Ahmad Satar: Anggota No. 2144, seorang Pelukis Grafik LPP, yang memenangi pertandingan mencipta logo KNB~LPP. Logo baharu ini telah digunapakai bermula pada tahun 1987.
Deskripsi Logo
- Logo ini berbentuk satu ikatan rantai yang memberi maksud anggota yang bersatu padu dan bekerjasama dalam perjuangan pergerakan koperasi
- Selain dari bentuk satu ikatan rantai, logo ini juga mengandungi bentuk huruf grafik KNB~LPP
- Warna keemasan menunjukkan keunggulan dan keteguhan koperasi di Pertubuhan Peladang. Warna emas juga merupakan sebahagian warna Logo Pertubuhan Peladang yang memberi maksud koperasi yang anggotanya di anggotai oleh pegawai-pegawai LPP dan pegawai-pegawai pertubuhan Peladang
- Warna biru memberi maksud keharmonian, dimana anggota koperasi mempunyai sikap toleransi dan tolak ansur saling faham memahami antara satu sama lain dan di antara anggota dengan koperasi