Biro Simpanan dan Pelaburan

Akaun Al Wadiah dan Al Mudarabah

KNB ~LPP tekah menggiatkan kempen menambah penyertaan anggota bagi produk-produk simpanan iaitu Akaun Simpanan Al Wadiah dan Akaun Simpanan Al Mudarabah. Lembaga telah menetapkan kadar keuntungan akaun Al Wadiah 2.5% pada tahun 2016 lebih tinggi dari keuntungan yang ditawarkan oleh institusi kewangan.

 

Akaun Haji dan Akaun Umrah

Akaun haji dan umrah ini diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada anggota menunaikan ibadah di tanah suci. Melalui akaun ini, KNB~LPP akan mendahulukan perbelanjaan haji dan umrah anggota yang telah mendaftar untuk menunaikan haji atau umrah melalui peruntukan tahunan.

 

Akaun Qurban dan Aqiqah

Kemudahan ini adalah bagu memberi kemudahan kepada anggota untuk melakukan kedua-dua ibadah berkenaan dengan ansuran mudah. Pada tahun 2016, seramai 70 anggota telah membuat simpanan Akaun Qurban untuk aktiviti khas Qurban Kemboja pada tahun 2017. Simpanan akaun Qurban berjumlah RM22,500 telah dikumpulkan dan diserahkan kepada Koperasi Muslim Kemboja (CMC- Cambodia Muslim Cooperative) yang telah menjalin persefahaman dengan KNB~LPP.

 

Pelaburan

Jumlah pelaburan KNB~LPP dibeberapa institusi kewangan terdiri daripada pelaburan ekuiti dan pelaburan mudharabah. Jumlah ini termasuklah aset bagi Kumpulan Wang Rezab Statutori. KNB~LPP akan meningkatkan lagi pelaburan berkenaan untuk memantapkan kedudukan kewangan jangka pendek dan jangka panjang. Semua pelaburan berkenaan adalah pelaburan yang berisiko rendah dan mendapat pulangan terjamin.