Sepanjang 40 tahun kehadirannya, KNB~LPP telah berupaya merekodkan pencapaian, penerimaan anugerah dan pengenalan innovasi.
Pada 2014 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyenaraikan KNB~LPP dalam kelompok 100 Koperasi Terbaik Malaysia daripada lebih 11,000 buah koperasi. Pengiktirafan dilakukan melalui proses kualitatif dan kuantitatif prestasi kewangan berdasarkan Module Direct Co-operative Test (DCOT) yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA). Di peringkat Wilayah Persekutuan KNB~LPP menduduki tangga ke 58.
Pada 2013 KNB~LPP telah dianugerahkan Sijil Pematuhan Syariah oleh ANGKASA bagi produk Pembiayaan. KNB~LPP adalah koperasi terawal yang menerima sijil pematuhan berkenaan bagi produk Pembiayaan Bai’ Al Inah, Bai’ Bithaman Ajil, Pinjaman Al Qard dan produk Simpanan Al Wadiah dan Al Mudharabah.
Pada 2013 KNB~LPP telah menerima anugerah Bronze Achiever Premier bagi agen Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
Audit Wajaran yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 2010 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah melayakkan KNB~LPP mendapat penarafan 4 Bintang bagi pencapaian tadbir urus dan prestasi.
Transformasi syariah merupakan inisiatif paling bermakna dan langkah drastik tetapi tersusun dengan menyasarkan bagi menjadikan KNB~LPP sebagai koperasi syariah terkehadapan dan paling inovatif di Malaysia.
KNB~LPP juga telah merangka pelan jangka panjang dengan memformulasi Pelan Strategik, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan ‘Balanced Score Card’ bagi keseluruhan operasi KNB~LPP bertujuan bagi memantapkan sistem penyampaian dan kepuasan anggota bagi produk dan perkhidmatan KNB~LPP.
Lembaga telah menstruktur semula organisasi, melakukan semakan skim perjawatan dan penggajian serta skim perkhidmatan. Penggubalan dan penstrukturan semula perkhidmatan ini merupakan landasan kukuh bagi memperkasakan KNB~LPP pada masa hadapan melalui skim perkhidmatan yang kompetitif.
Pada tahun kewangan 2015 KNB~LPP telah mula menggunakan aplikasi sistem komputer yang baru iaitu Sistem Pengurusan Bersepadu Koperasi yang dibangunkan oleh MOCCIS.
KNB~LPP telah menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan Risiko bagi mewujud dan menilai kaedah pengurusan risiko yang standard bagi semua aktiviti bagi mengelakkan kerugian kepada KNB~LPP.
KNB~LPP juga telah mengeluarkan beberapa penerbitan:
- Buletin berkala - Diterbitkan untuk memberitahu anggota aktiviti yang dijalankan oleh KNB~LPP
- KNB dan ANDA - Buku nota memperincikan produk pembiayaan dan produk CSR untuk kemudahan anggota
- Glosari Produk Syariah - Sebahagian istilah produk-produk patuh syariah
- Selangkah Kehadapan - Pelan Strategik Jangka Panjang 2015-2020
- Meniti Masa - Sejarah dan Pengkisahan KNB~LPP 1976-2016